Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata individu pertama yang dikesan ialah Chang Kang Vui, 29, yang mempunyai alamat terakhir di Beverly Hill Phase 5, Blok M 3-0, Penampang, Sabah.

Individu kedua yang turut dikesan ialah Adrian Hiew Khai Yuen,24, dengan alamat terakhir di Kedai Kopi Sin Lee, Tingkat 1, Putatan, 88200 Sabah.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa, Mohd Iskandar Rizman di talian 088-488381 atau 012-3023377.

- Bernama

Lihat Komen
ADS