Paling Popular
Terkini
story images
story images

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican berkata akan cuba memujuk bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Seri Mustapa Mohamed kembali ke pangkuan parti itu.

"Saya akan pujuk dia kembali kerana saya ada penghormatan kepada beliau.

“Walaupun dia akan dicemuh dengan tindakan beliau, tetapi pada saya, saya masih ada rasa hormat kepada beliau.

“Namun tindakan beliau itu saya pasti bersebab yang saya sendiri tidak tahu dan saya tak boleh buat andaian liar mengenainya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa malam tadi mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dengan parti itu.

Hari ini, kurang 24 jam Tok Pa bertindak demikian, bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman turut mengumumkan keputusan sama.

Sementara itu, Reezal yang juga anggota parlimen Kepala Batas berkata, berdasarkan peribadi Tok Pa, jelas anggota parlimen Jeli tidak bertindak semata-mata kerana kuasa politik.

"Tok Pa bukan orang yang tidak dikenali oleh orang Malaysia, semua tahu dia orang yang baik, dia bukan seorang yang biadab.

"Dia adalah lambang orang yang tidak gelojoh dalam politik. Jadi saya terkejutlah dengan tindakan beliau," katanya.

Lihat Komen
ADS