Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan 7 individu kes maut akibat keracunan alkohol

Polis Selangor membuat 12 serbuan dan tujuh tangkapan di sekitar Lembah Klang berhubung kes keracunan arak semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata operasi berkenaan telah dilakukan di premis kedai runcit di Bukit Kemuning, Taman Seri Muda dan Kampung Baru Subang, Seksyen U5 di Shah Alam; Taman Sri Gombak, Taman Daya dan Taman Sri Ehsan di Kuala Lumpur serta Bandar Rinching, Semenyih di Kajang.

Menurut beliau, tujuh individu yang merupakan pengusaha serta pekerja kedai runcit itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita iaitu dua warga tempatan, dua warga Myanmar serta tiga warga India kesemuanya berusia 40-an.

"Daripada serbuan itu jumlah rampasan sehingga kini adalah 1,030 botol wiski dan 1,767 tin bir pelbagai jenama termasuk Grand Royal Wiski, Mandalay Wiski, Valcano dan King Fisher.

"Tangkapan dan rampasan dibuat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, hari ini.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS