Paling Popular
Terkini

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menafikan beliau akan keluar daripada Umno.

Khairy ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berkata, jika dia keluar daripada Umno, beliau tidak akan menghadiri mesyurat biro politik parti itu, hari ini.

"Kalau saya nak keluar Umno tak akan saya datang mesyuarat biro politik hari ini," katanya kepada pemberita.

Terdahulu Khairy hadiri ke PWTC bagi membincangkan belanjawan altenatif pembangkang pada bajet akan datang dengan pimpinan Umno yang lain.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas senarai nama 18 wakil rakyat yang dikatakan akan keluar daripada Umno yang tular di media sosial.

Sementara itu Khairy berharap semua wakil rakyat BN memainkan peranan pembangkang yang berwibawa.

"Rakyat mahu melihat BN sebagai pembangkang yang berwibawa kita kena pastikan rakyat," katanya.

Terdahulu, Khairy menyalahkan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  susulan tindakan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengumumkan keluar Umno.

Bekas menteri belia dan sukan itu mengaitkan tindakan yang dilihat cenderung mengadakan kerjasama dengan PAS, terutama apabila menghadiri muktamar parti itu minggu lalu.

"Saya telah bersuara dalam mengingatkan parti saya terhadap pakatan dengan PAS. Dan saya menanggung serangan dari dalam.

"Sekarang, kita telah kehilangan sinar utama parti kita. Seorang pemimipin yang pintar dan baik. Ini semua salah kamu, Mr Presiden," katanya di Twitter hari ini susulan pengumuman Mustapa.

Bagaimanapun, melalui kiriman di Twitter, Khairy berkongsi gambarnya ketika menghadiri mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri pemimpin tertinggi Umno lain termasuk Zahid, Tan Sri Annuar Musa, dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Selain Mustapa, seorang lagi anggota parlimen Umno, Datuk Seri Anifah Aman, turut mengumumkan meninggalkan parti itu hari ini.

 

Lihat Komen
ADS