Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MB S'gor ingatkan pemimpin PKR tidak buat keputusan unilateral

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini menasihati individu tertentu dalam PKR agar tidak bertindak secara unilateral sebaliknya mematuhi keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Menurut anggota MPP itu terdapat sesetengah individu dalam parti yang menimbulkan persepsi menjelang pemilihan PKR bahawa keputusan unilateral mereka adalah keputusan parti.

“Keputusan parti dibuat melalui mesyuarat dan peringkat tertinggi ialah MPP. Justeru, apa yang kita perlukan ialah keputusan parti, bukan unilateral,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Smart Doket Selangor 2018, di Shah Alam.

Katanya tindakan individu terbabit bukan sahaja salah tetapi juga bertentangan dengan semangat dan prinsip PKR.

Beliau turut menasihati calon-calon yang sedang mengintai pelbagai jawatan dalam parti agar tidak terlibat dalam serangan peribadi yang boleh merosakkan parti.

- Bernama

Lihat Komen
ADS