Paling Popular
Terkini

WAWANCARA | Dalam wawancara utamanya yang pertama sejak pelantikannya sebagai AG, Tommy Thomas bercakap mengenai tugas besar di depannya untuk meminda atau memansuhkan undang-undang menindas yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan.

"Pejabat AG telah menyediakan senarai janji-janji yang PH [Pakatan Harapan] buat dalam manifesto. Senarai untuk pembaharuan undang-undang mencecah hingga sembilan muka surat," kata Thomas kepada Malaysiakini dan The Edge dalam wawancara selama 90 minit di pejabatnya di Putrajaya Khamis lepas.

Dan ini, katanya, boleh difahami kerana mereka cuba membersihkannya selepas tempoh 60 tahun.

"Melihat senarai pembaharuan undang-undang ini dalam manifesto, proses itu boleh mengambil masa selama sedekad!" kata AG yang berusia 66 tahun itu.

Oleh itu, beliau mahukan pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan untuk terlibat secara aktif untuk mempercepakan proses pembaharuam undang-undang itu.

"Kementerian mesti membantu. Menteri mesti percepatkan kementerian masing-masing, Mari ambil Akta Universiti dan Kolej Universiti, yang berada di bawah [Kementerian] Pendidikan...

"Apa yang kita ingin mempercepatkan proses itu adalah untuk menteri pendidikan mempercepatkan kementerian dan penasihat udang-undang menyediakn pindaan dan serahkan kepada kami.
Pasukan perangka Parlimen kami mempunyai kata akhir. Sebab saya katakan ini kerana pihak berkepentingan, kementeriannya mungkin lebih tahu mengenai [Akta] Universiti dan Kolej Universiti daripada orang lain, "katanya.

Namun begitu, katanya, perlu ada kesabaran kerana prosesnya mungkin mengambil masa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS