Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kolumnis Malaysiakini dijangka jadi CEO Bernama
Diterbitkan:  Sep 20, 2018 1:42 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

Bekas ketua pengarang lidah rasmi DAP Wan Hamidi Hamid dilaporkan bakal dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) Bernama.

Menurut sumber pelantikan itu akan dibuat tidak lama lagi sekiranya tawaran yang diberikan itu diterimanya.

Bagaimanapun Malaysiakini difahamkan surat tawaran untuk jawatan itu belum dikeluarkan lagi.

Sementara itu The Star Online melaporkan, Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang dan pegawai kanan agensi berita itu dijangka akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi untuk menyokong pelantikan Wan Hamidi.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Wan Hamidi bagaimanapun enggan mengulas.

Sebelum ini Wan Hamidi pernah berkhidmat dengan beberapa akhbar termasuk Berita Harian dan The Star sebelum mengemudi akhbar Rocket milik DAP.

Wan Hamidi juga kerap menulis hal-hal di luar politik - termasuk muzik - dan menjadi salah seorang kolumnis Malaysiakini edisi bahasa Melayu.

CEO Bernama sekarang Datuk Zulkefli Salleh dijangka bersara selepas kontraknya tamat bulan depan.

Lihat Komen
ADS