Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Jangan malu Tun, k'jaan anda yang nak tangguh bayar PTPTN'
Diterbitkan:  Sep 20, 2018 3:27 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Khairy Jamaluddin menegur Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataannya bahawa beliau malu dengan sikap sesetengah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar hutang mereka.

Beliau berkata Mahathir tidak perlu malu memandangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) sendiri yang membenarkan mereka membuat penangguhan pembayaran.

"Jangan malu...Siapa yang keluarkan mereka daripada senarai hitam? Siapa yang janji mereka hanya perlu bayar selepas gaji mencapai Rm4,000 sebulan?" soalnya di Twitter, hari ini.

Beliau turut bertanya Mahathir jika mempunyai cadangan untuk meningkatkan balik pembayaran hutan pelajaran itu.

Khairy merujuk janji kerajaan HARAPAN untuk menangguhkan pembayaran semula PTPTN kepada semua graduan yang bergaji kurang RM4,000.

Janji itu belum dilaksanakan namun kerajaan telah membuang nama-nama mereka yang tidak membayar hutang daripada senarai hitam imigresen.

Menurut laporan, hutang PTPTN yang tidak berbayar berjumlah kira-kira RM36 bilion.

Pagi tadi Mahathir menyatakan perasaan malunya dengan peminjam PTPTN yang sudah mempunyai pendapatan sendiri tetapi tidak membayar hutang tersebut.

“Saya berasa malu, tapi mereka tidak!" katanya dalam program bersama pelajar dan kakitangan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Khairy yang juga anggota parlimen Rembau sememangnya menentang janji HARAPAN berhubung hutang PTPTN atas sebab bimbang kerajaan mungkin perlu meminjam untuk memberi dana kepada PTPTN ekoran kutipan hutang yang rendah.

Lihat Komen
ADS