PAU kali ini lebih terbuka, mesra media
Diterbitkan: Sep 20, 2018 6:57 PM | Dikemas kini: Sep 20, 2018 6:59 PM
Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini akan lebih terbuka dan semua media dibenarkan membuat liputan, kakta setiausaha agungnya Tan Sri Annuar Musa.
''Saya telah memberikan suatu saranan kepada jawatankuasa pengelola persidangan supaya perhimpunan agung pada kali ini haruslah bersifat mesra media seberapa yang boleh,” katanya.
Sebelum ini, beberapa media tidak dialu-alukan membuat liputan PAU, termasuk Malaysiakini.
Dalam taklimat PAU kepada media di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini, Annuar berkata perbincangan kali ini menjurus ke arah memperkemaskan parti bawah kepimpinan baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ini adalah PAU pertama yang berlangsung ketika Umno tidak lagi menerajui negara ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.