Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Skandal 1MDB: Mesyuarat dengan penyiasat a'bangsa berjaya - AGC
Diterbitkan:  Sep 21, 2018 10:31 AM
Dikemaskini: 2:34 AM

Pejabat Peguam Negara berkata mesyuarat pihaknya melibatkan kes 1MDB bersama pasukan pendakwaan, pakar mendapatkan semula aset awam dan para penyiasat dari Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland telah berlangsung dengan jayanya

"Mereka yang bermesyuarat menyedari betapa perlu dan pentingnya kerjasama serta perkongsian lintas sempadan untuk memerangi jenayah yang dilakukan di peringkat antarabangsa dan merentas sempadan negara.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada delegasi dari pihak asing atas bantuan mereka selanjutnya dalam perang terhadap penipuan dan jenayah antarabangsa," maklum AGC dalam satu kenyataan hari ini.

AGC juga berkata mesyuarat itu menandakan kerjasama yang lebih besar pada masa akan datang.

Tiada maklumat terperinci mengenai mesyuarat itu atau pun hasil perbincangannya.

Kenyataan AGC ini dikeluarkan selepas polis dan SPRM mengenakan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dengan 25 tuduhan mengenai skandal 1MDB dan RM2.6 bilion.

21 daripada tuduhan itu melibatkan pengubahan wang haram berhubung RM2.6 bilion, manakala empat lagi tuduhan lain berkaitan dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Najib dalam kapasitinya sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Jabatan Keadilan (DOJ) AS telah memainkan peranan utama dalam meneliti jejak wang dalam dakwaan penyelewengan dana 1MDB, termasuk ke dalam akaun Najib.

Di antara tahun 2016 dan 2017, Singapura telah mendenda lapan bank berkaitan kesalahan membabitkan 1MDB.

Sementara itu, kerajaan Switzerland pula telah merampas dana yang didakwa sebagai hasil haram daripada urusan transaksi berkaitan 1MDB melalui bank-bank di sana.

Lihat Komen
ADS