Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib bayar bahagian pertama ikat jamin RM3.5 juta

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk membayar wang ikat jaminnya.
Beliau membayar RM 1 juta bagi bahagian pertama ikat jaminnya yang berjumlah RM3.5 juta.

Beliau hadir bersama anaknya Norashman dan penjamin Mohd Nizar Najib dan Mohd Shahrir Arifin kira-kira jam 10.50 pagi tadi dan seterusnya pergi ke pejabat pendaftaran mahkamah seysyen bagi menandatangani berbagai dokumen berkaitan permohonan ikat jamin.

Najib menghabiskan kira-kira lapan minit untuk menyiapkan proses tersebut dan meninggalkan kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire.

Bekas presiden Umno itu memberitahu pemberita beliau telah membayar bahagian pertama ikat jamin yang telah diputuskan hakim perbicaraan kesnya.

"Kita bayar sikit sikit seperti ditetap oleh hakim," kata beliau yang diberikan masa sehingga 28 September untuk membayar baki ikat jamin RM2.5 juta lagi.

Semalam, Najib dihadapkan ke muka pengadilan dengan empat pertuduhan salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009 bagi mendapatkan RM2.28 bilion dan beliau juga menghadapi 21 lagi pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB.

Beliau meminta dibicarakan terhadap pertuduhan berkenaan.

Sebelum ini, Najib memohon dibicarakan terhadap empat pertuduhan jenayah pecah amanah dan salah guna kuasa serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS