Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada lagi lantikan politik jadi duta, maklum Dr M

Kerajaan mengakhiri amalan pentadbiran terdahulu yang memberikan jawatan duta besar atau pesuruhjaya tinggi negara kepada orang-orang lantikan politik.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata ketua misi diplomatik negara yang merupakan lantikan politik akan dipanggil balik dan perkhidmatan mereka akan ditamatkan.

"Wisma Putra telah meminta supaya tiada lagi lantikan politik menjadi duta besar.

"Hanya penjawat awam sahaja yang akan dilantik sebagai ketua misi diplomatik negara," kata beliau.

Dr Mahathir memaklumkan pentadbirannya tidak lagi mengamalkan melantik pesara dengan jawatan duta besar.

Perdana menteri berkata demikian selepas mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pencegahan Rasuah di Putrajaya.

Turut hadir Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional Tan Sri (GIACC) Abu Kassim Mohamed dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS