Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Syarikat pembekal bir Kingfisher menafikan mereka mempunyai kaitan dengan insiden alkohol 'beracun' yang meragut lebih 20 nyawa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United Breweries Limited V Sashikanth berkata, Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad pada 19 September menjelaskan kematian hasil racun methanol melibatkan minuman jenama lain.

"Ini membuktikan Kingfisher tidak terlibat dengan insiden yang tidak diingini ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Sambil mengucapkan takziah keluarga mangsa, Sashikanth turut menjelaskan Kingfisher merupakan jenama minuman arak dari India yang telah beroperasi lebih seratus tahun.

"Malaysia merupakan negara kedua terbesar minuman bir Kingfisher selepas India, yang kami beroperasi di Malaysia lebih 20 tahun.

“Tidak pernah ada satu kes sepertinya,” katanya.

Malaysia telah dikejutkan dengan kematian 21 lelaki di Lembah Klang dan Tanjung Malim, Perak akibat minum alkohol beracun.

Sementara 12 lagi orang dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Sashikanth berkata beliau telah membuat satu laporan polis dan akan memberi segala kerjasama dalam siasatan mereka.

Lihat Komen
ADS