Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Orang yang mengutuk tak baca pun buku arwah Kassim'
Diterbitkan:  Sep 21, 2018 5:04 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Tokoh akademik Allahyarham Kassim Ahmad pernah menyertai Umno pada 1986 atas sebab Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu, kata bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Rais berkata ramai yang tidak tahu bahawa (Perdana Menteri Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sering berhubung dengan tokoh akademik itu untuk mendengar idea-idea bernas beliau.

“Saya berpendapat Allahyarham Kassim menyertai Umno kerana Dr Mahathir tetapi Dr Mahathir tidak mahu mengaku, beliau masuk Umno kerana ​​​​​​prinsip yang benar. Kita kehilangan seorang yang berani mengemukakan pandangan walaupun sering dipandang prejudis.

“Allahyarham seorang sahabat dan ahli politik yang budiman, orang yang mengkutuk beliau sebenarnya tidak membaca pun buku-buku beliau,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Kassim Ahmad bertajuk ‘Autobiografi Seorang Pemberontak’ di Universiti Malaya hari ini.

Turut hadir ialah balu Kassim, Sharifah Fauziah Syed Yusuff.

Kassim Ahmad meninggal dunia di Hospital Kulim, Kedah pada 2017 pada usia 84 tahun akibat masalah kesihatan, antaranya berkaitan paru-paru.

Allahyarham terkenal dengan karya ‘Hadis: Satu Penilaian Semula”, sebuah kajian kritikal ke atas kewibawaan hadis sebagai sumber Islam dan buku itu diharamkan kerajaan pada 1986.

Karya itu juga menyebabkan beliau dianggap sebagai antihadis.

- Bernama

Lihat Komen
ADS