Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pasukan kawalan pantai APM di muara Tok Bali
Diterbitkan:  Sep 21, 2018 5:19 PM
Dikemaskini: 9:22 AM

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh akan menempatkan sepasukan anggota kawalan pantai di Muara Tok Bali di Pasir Puteh.

Pegawai APM Pasir Puteh, Kapten Nik Mohd Nor Nik Mat berkata ini kerana muara berkenaan antara kawasan berbahaya yang sering menyebabkan kejadian lemas dengan 10 kematian dilaporkan pada tahun ini.

“Kumpulan 10 anggota itu terdiri daripada enam pemandu bot, dua jurulatih serta dua anggota biasa dan mereka akan bertugas bermula 10 pagi dan berakhir 7 petang.

“Sebuah bot berkelajuan tinggi dan tiga bot fiber turut ditempatkan di muara berkenaan untuk tujuan menyelamat,” katanya kepada pemberita pada Latihan Penyelamat Pantai APM di muara Tok Bali hari ini.

Beliau berkata kejadian lemas sering berlaku di muara berkenaan kerana keadaan ombak yang sukar diramal dan memerlukan kawalan khusus daripada agensi penyelamat.

“Kita juga akan menutup kawasan muara ini sepanjang musim tengkujuh bermula November hingga Mac tahun depan daripada sebarang aktiviti bagi mengelakkan kejadian sama daripada terus berulang,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS