Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar mahu undang-undang liwat dipinda
Diterbitkan:  Sep 22, 2018 12:08 AM
Dikemaskini: 4:13 PM

Memetik pengalamannya sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya undang-undang liwat yang wujud sejak era kolonial wajar dipinda untuk mengelakkan berlaku penganiayaan.

"Ia bukan saja usang, undang-undang kolonial British ini diperkenalkan di India dan ditiru di Malaysia

"Ia tidak adil langsung kerana seseorang boleh saja dituduh dan tanpa bukti sepatutnya (seperti) dalam kes saya misalnya," kata Anwar.

Pemimpin PKR itu memberikan kenyataan berkenaan semasa ditemu bual dalam program UpFront terbitan Al Jazeera yang disiarkan hari ini.

Sebelum itu pengacara UpFront bertanya sama ada Anwar masih berpendapat undang-undang liwat di negara ini sudah usang.

Anwar pernah mengeluarkan kenyataan itu pada 2012.

Kata Anwar pandangannya mengenai isu itu masih sama dan menggesa supaya kerajaan meminda peruntukan sedia ada.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS