Seorang pekerja menikam tiga bayi, dua daripadanya berusia kurang sebulan, di sebuah pusat jagaan harian di bandaraya New York pada hari Jumaat sebelum mengelar tangannya sendiri dan kini ditahan, kata polis.

Wanita yang tidak dikenali itu, berusia 52 tahun,  juga menikam dua orang dewasa dalam insiden awal pagi di daerah Queens, yang dalam keadaan stabil, kata Juanita Holmes, penolong ketua Jabatan Polis Bandar New York dalam satu sidang akhbar.

Polis tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai motifnya.

Bayi yang ditikam itu adalah dua perempuan dan seorang lelaki, kata polis. Ketiganya dimasukkan ke hospital dan disenaraikan dalam keadaan serius tetapi stabil. Pendakwa berkata mereka berusia 13 hari, 22 hari dan 33 hari.

Wanita itu juga menikam seorang lelaki berusia 31 tahun, yang dipercayai bapa kepada salah seorang bayi berkenaan dan seorang wanita di pusat jagaan semalaman di Flushing, yang dikenali sebagai Mei Xin Care.

Sebilah pisau dapur dan pisau pemotong daging yang berlumuran darah ditemui di tempat kejadian, kata polis.

Pendakwa berkata wanita yang ditikam beusia 63 orang.

Polis berkata sembilan kanak-kanak dan beberapa ibu bapa berada di tempat itu ketika serangan itu berlaku.[Baca berita penuh]

- Reuters