Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Editor Sarawak Report lega Najib, 1MDB didakwa di mahkamah

Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berkata beliau merasa amat lega selepas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa di mahkamah berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rewcastle-Brown, yang mendedahkan skandal 1MDB melibatkan dana berbilion ringgit itu berkata, beliau merasa lega kerana pihak berkuasa akhirnya dapat menangani kes berkenaan selepas dua tahun.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Pelancaran Buku dan Bicara Sarawak Report di Ipoh hari ini.

Ditanya sama ada bukunya yang setebal 528-halaman, The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose akan diharamkan di negara ini, Rewcastle-Brown berkata beliau sedar tentang hal itu dan tentang sesetengah orang yang berpendapat buku itu mungkin menimbulkan prejudis terhadap perbicaraan kes 1MDB.

"Saya percaya peguam Najib akan menyekat sebarang laporan, termasuk buku saya sekarang atas alasan menghina mahkamah atau prejudis.

"Mahkamah telah membuat keputusan tepat bahawa alasan itu tidak dapat diterima. Undang-undang menghina wujud untuk menyekat liputan media yang mempengaruhi perbicaraan dengan juri. Tetapi ini bukan perbicaraan juri, oleh itu undang-undang itu tidak akan dipakai dengan sewenangnya," katanya.

Warga Britain kelahiran Sarawak itu berkata, kes itu mempunyai kepentingan awam yang besar di Malaysia, oleh itu rakyat tidak harus dibiarkan dalam keadaan tidak tahu akan kes itu.

Pada Khamis, Najib didakwa buat kali ketiga atas kesalahan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM2.6 bilion dari dana 1MDB.

-Bernama

Lihat Komen
ADS