Peguam dan aktivis Siti Kasim mempersoalkan sebuah buku ulangkaji Pengajian Islam untuk pelajar sekolah menengah yang antara lain menyediakan soalan mengenai rasional hukuman bunuh kepada orang Islam yang murtad.

Siti memberikan contoh satu petikan daripada buku berjudul "Fokus SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 5" yang diterbitkan penerbit tempatan Pelangi yang didakwa menyebutkan alasan hukuman mati terhadap umat Islam yang murtad.

Di antara rasional bagi mewajarkan hukuman bunuh itu adalah untuk memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan, mengelakkan orang murtad mempengaruhi orang Islam lain dan mengelakkan perbuatan yang boleh mencemarkan Islam.

"Sejak berita mengenai isteri dibenarkan dipukul, seorang pelajar Tingkatan 5 melampirkan ini kepada saya dan menunjukkan kepada saya. Sekarang, kamu beritahu saya sama ada ini betul atau salah?

"Tolong Dr Maszlee Malik @maszlee, anda perlu melihat silibus agama Islam. Ini sangat mengerikan!" Tulis Siti di Twitternya.

Dalam responsnya, Maszlee mengucapkan terimas kasih kepada Siti kerana membawa perkara itu kepada perhatiannya.

"Terima kasih atas keprihatinan dan membawa perkara ini untuk makluman saya. Saya akan ambil tindakan bagi meneliti perkara ini," kata Maszlee di Twitter.

Posting Siti itu adalah lanjutan daripada postingnya terdahulu yang menggesa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjelaskan soalan Pengajian Islam daripada model kertas peperiksaan Sept/ Okt 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor.

Soalan berkenaan yang dilihat Malaysiakini memaparkan carta aliran dengan tajuk "Cara untuk memukul isteri nusyuz (tidak taat)".

[Baca berita penuh]