Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Umno tak perlu tagih ihsan pihak lain - Asyraf
Diterbitkan:  Sep 23, 2018 7:46 PM
Dikemaskini: 11:54 AM

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keutamaan Umno sekarang adalah mengukuhkan parti dan menegaskan Umno tidak perlu meminta simpati pihak lain.

"Kita tak perlu menagih belas ihsan dari mana-mana pihak kerana kekuatan Umno terletak kepada akar umbinya.

"Kerana perkara yang paling penting ialah kita kena jelas,apa yang sebenarnya kita ingin perkukuhkan dalam konteks Umno sendiri," katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian, selepas hadir Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lmpur hari ini.

Asyraf turut dipetik Sinar Harian berkata Umno perlu jujur kepada ahli-ahlinya tanpa menyembunyikan agenda dan perancangan parti.

"Kalau kita ada perkara- perkara yang diakui, kita perlu berlaku jujur kepada ahli kita," katanya

"Akar umbi sedang menantikan apa yang sebenarnya mesej yang hendak disampaikan kepada orang lain, jadi tak perlu menagih ihsan daripada mana-mana pihak," katanya.

Menurut Asyraf inti mesyuarat MT Umno hari ini juga membincangkan tindakan beberapa pemimpin Umno yang keluar parti.

"Ya, ada dibincangkan dan sebab itu hari ini ada pertemuan dengan ketua Umno bahagian," katanya.

Terdahulu, bekas calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata pendekatan kepimpinan parti itu terhadap PAS sekarang boleh dianggap sebagai tidak masuk akal.

Selain dianggap terlalu awal Tengku Razaleigh berkata jumlah anggota parlimen Umno di Dewan Rakyat juga adalah yang paling ramai berbanding parti lain.

"Mengapa kita merangkak nak cari orang? Hubungan antara Umno dan PAS ini tidak munasabah," katanya .
 

Lihat Komen
ADS