Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Nazir Razak letak jawatan pengerusi CIMB hujung tahun
Diterbitkan:  Sep 24, 2018 8:15 PM
Dikemaskini: 12:21 PM

Datuk Seri Nazir Razak hari ini mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan semua jawatan lain dalam Kumpulan CIMB berkuatkuasa pada 31 Disember 2018.

Nazir telah berkhidmat di CIMB selama 29 tahun sejak 1989, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan selama 15 tahun dan Pengerusi Kumpulan sejak 2014.

Nazir yang juga adik kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata keputusannya dibuat untuk melengkapkan pelan penyusunan semula empat tahun CIMB yang dilancarkan pada 2014.

“Ketika T18 semakin hampir tamat, CIMB kini kukuh dari segi kewangan, mantap dari segi organisasi dan teguh dari segi institusi.

"Kami mempunyai pasukan pengurusan cemerlang diterajui oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan barisan pemimpin hadapan di belakangnya. Kejayaan berterusan firma ini selepas pemergian saya akan mengesahkan lagi bahawa misi saya di CIMB telah benar-benar terlaksana,” katanya di laman sosial Instagram.

CIMB dalam kenyataannya berkata akan menggerakkan rancangan penggantian bagi memutuskan pengerusi seterusnya. 

 

Lihat Komen
ADS