Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nizam Razak letak jawatan pengarah Petra Energy
Diterbitkan:  Sep 25, 2018 12:33 AM
Dikemaskini: 4:39 PM

Datuk Mohamed Nizam Razak yang juga adik bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Petra Energy Bhd.

Syarikat itu mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Nizam meletak jawatan sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif, serta jawatan-jawatan lain.

Petra Energy dalam kenyataan berkata Nizam meninggalkan syarikat itu bagi "meneruskan perniagaan lain".

The Edge memetik laporan tahunan terbaru syarikat itu yang mengatakan Nizam memegang 9.11 peratus kepentingan.

Laporan itu juga menyebut Tan Sri Bustari Yusuf yang juga rakan rapat Najib, menambah kepentingannya dalam Petra Energy sebanyak 64,000 saham melalui pembelian dalam pasaran terbuka minggu lalu.

Ini meningkatkan kepentingannya di dalam syarikat itu kepada 28.18 peratus, atau bersamaan 90.447 juta saham.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS