Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tak mudah untuk BERSIH kendali pemilihan PKR, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak mudah bagi pihak luar seperti NGO BERSIH untuk mengendalikan pemilihan PKR yang sudah pun berlangsung.

Beliau berkata ini kerana pemilihan sudah pun berjalan dan tidak boleh diselesaikan lewat berbanding tempoh yang ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"(Pemilihan) harus berjalan bersih dan (dengan) pemantauan berkesan.

"Cadangan itu mungkin boleh dipertimbangkan tetapi tak semudah itu kerana proses sudah berjalan," katanya ketika ditemui selepas acara di Dewan Bahasa dan Pustaka, hari ini.

Namun katanya perkara itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat parti malam ini.

Pada 23 September lalu, calon ketua wanita PKR Haniza Talha menggesa tindakan diambil terhadap Setiausaha Agung parti Datuk Saifuddin Nasution dan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) ekoran masalah dalam sistem e-undi yang mencetuskan kekecohan seawal hari pertama pemilihan pada Sabtu lalu.

Beliau juga mencadangkan badan bebas seperti BERSIH menggantikan JPP untuk mengendalikan proses pemilihan kali ini.

Masalah itu menjadi punca seluruh proses pengundian di Kedah pada Sabtu lalu dibatalkan, dan pemilihan empat negeri lagi - Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka - ditangguhkan.

Namun JPP mengatakan pemilihan perlu diteruskan dan diselesaikan mengikut perancangan agar tidak melanggar ketetapan ROS.

Lihat Komen
ADS