Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PRK PD | Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau gembira dengan keputusan Umno untuk tidak meletakkan calon dalam PRK Port Dickson yang akan bermula Sabtu ini.

"Saya sambut baik sesiapa yang tidak bertanding, tentulah saya alu-alukan persaingan. Tetapi saya lebih gembira jika tiada pertandingan.

"Jika Umno tidak bertanding itu okay, tetapi saya masih perlu berdepan calon-calon Bebas," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka akan memboikot PRK itu antaranya kerana ia merupakan satu pembaziran yang tidak perlu dan hanya untuk matlamat politik individu.

Setakat ini hanya Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang bekas pemimpin MIC mengumumkan hasrat bertanding dalam PRK Port Dickson. PAS juga masih belum membuat keputusan muktamad namun presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata Anwar tidak boleh diberikan "kemenangan percuma".

Mengulas lanjut, Anwar yang juga presiden PKR mengambil maklum kritikan yang ditujukan terhadapnya berhubung PRK itu.

"Saya cuba jawab (kritikan) tetapi mereka ada hak untuk menyatakan pandangan dan mengkritik," katanya lagi.

PRK Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan, bagi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Parlimen.

Lihat Komen
ADS