Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kisah Jho Low akan difilemkan tak lama lagi
Diterbitkan:  Sep 25, 2018 4:12 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

Penulis bersama The Billion Dollar Whale, Tom Wright, mengesahkan satu persetujuan sedang diusahakan bagi menerbitkan filem berdasarkan buku itu yang berkisar kepada kisah ahli perniagaan Jho Low.

Kata Wright pihaknya sedang berunding dengan pihak tertentu bagi memuktamadkan persefahaman berkenaan.

"Akan ada pengumuman mengenai filem itu tidak lama lagi," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun Wright enggan memberikan butiran lanjut sebaliknya secara berjenaka memberi jaminan filem berkenaan tidak akan diterbitkan oleh Red Granite Pictures (Red Granite) iaitu syarikat milik anak tiri Datuk Seri Najib Razak.

Syarikat penerbitan filem itu diketuai Riza Aziz iaitu anak kepada Rosmah Mansor. Nama Riza turut dikaitkan dengan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dalam usaha mereka menyita pelbagai aset didakwa diperolehi melalui penyelewengan dana 1MDB.

Menurut DOJ, Red Granite menerima dana bernilai AS$64 juta yang disalurkan dari 1MDB bagi menerbitkan filem arahan Martin Scorsese, The Wolf of Wall Street pada 2013.

Filem itu turut dibintangi aktor kelas A Hollywood, Leonardo DiCaprio.

Wright menghabiskan masa tiga tahun untuk menjalankan penyelidikan serta menulis buku Billion Dollar Whale bersama wartawan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) Bradley Hope.

Dalam wawancara dengan stesen radio BFM pagi tadi Wright berkata watak utama dalam skandal 1MDB, Jho Low, bukanlah begitu pintar dalam hal kewangan.

Alasannya, kata Wright, ahli perniagaan kontroversi itu tidak benar-benar mahir menyembunyikan helahnya semasa mengendalikan dana berkenaan.

Menurut Wright Jho Low dapat menguruskan pelbagai perbelanjaan yang dipertikaikan itu kerana kemampuan meluas untuk menilai, menjalinkan rangkaian dan menghubungkan orang berkuasa antara satu sama lain.

"Perkara yang dilakukannya sangat mengagumkan (hingga) dia sentiasa dapat masuk ke sebuah bilik, melihat siapa yang berkuasa, mengusahakan agar orang itu dapat membantunya dan menghubungkan orang itu dengan orang berkuasa lain dan meletakkan dirinya dalam kalangan mereka.

"Itu benar-benar kepakarannya," kata Wright.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS