Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr Hasnita pengerusi baru MARA
Diterbitkan:  Sep 26, 2018 11:28 AM
Dikemaskini: 4:00 AM

Pejabat Perdana menteri (PMO) hari ini mengumumkan pelantikan Dr Hasnita Hashim sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baru berkuat kuasa 1 Oktober.

Hasnita yang kini merupakan Pengerusi Maybank Asset Management Group memiliki kelulusan PhD dalam bidang fizik nuklear dari Universiti Oxford.

Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam pengurusan kewangan global dan pernah memegang jawatan ketua pegawai eksekutif di Guidance Investments, sebuah anak syarikat Guidance Financial Group.

"Beliau memulakan kariernya di Coopers & Lybrand Deloitte, London sebagai seorang aktuari dan merupakan ahli Institute of Actuaries," jelas PMO dalam kenyataannya.

Pelantikan Dr Hasnita menjawab tanda tanya siapakah yang bakal mengetuai agensi penting bagi kaum Melayu dan Bumiputera itu selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi PIlihan Raya Umum Ke-14 Mei lalu.

Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang dilantik pada 1 September tahun lalu.

Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan enam ahli majlis MARA yang baru iaitu Prof Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak, Dr Nungsari Ahmad Radhi, datuk Wira Dr Haji Ameer Ai Mydin, Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan Zakri Khir.

Semua pelantikan itu juga berkuat kuasa 1 Oktober.



 

Lihat Komen
ADS