Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Azizah wanita pertama pengerusikan mesyuarat kabinet
Diterbitkan:  Sep 26, 2018 12:55 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Wan Azizah, menggantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dalam rangka lawatan kerja sempena Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 di New York.

Mesyuarat kabinet kebiasaannya diadakan pada setiap Rabu, kecuali sekiranya berlangsung persidangan Dewan Rakyat.

Wan Azizah sebelum ini juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai timbalan perdana menteri selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pilihan raya umum, 9 Mei lalu.

Selepas mesyuarat kabinet, pengerusi HARAPAN itu dijadual menaiki pesawat ke Hanoi untuk mewakili negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada presiden Tran Dai Quang yang meninggal dunia Jumaat lalu.

Upacara pengebumian mendiang dijangka berlangsung esok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS