Keputusan Umno memboikot pilihan raya kecil Port Dickson telah mengundang perhatian terhadap kemungkinan kerjasama parti itu dengan PKR dan PAS, kata pemerhati politik Malaysia Bridget Welsh.

Tenaga akademik Universiti John Cabot, Rom itu berkata, Umno yang tercari-cari jalan pulang ke tampuk kuasa pasti mahu mengekalkan hubungan baik dengan PKR bagi memudahkan perbincangan di masa depan.

Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan BFM malam.

Sebelum ini, tular satu mesej menyatakan PKR akan berpecah dua dengan satu kumpulan bersama Umno menubuhkan Barisan Harapan Malaysia yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala satu lagi akan menganggotai Pakatan Harapan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan khabar angin parti itu.

[Baca berita asal]