Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Abangnya Latiff dan saudaranya Mohamed Nazri turut direman dengan tempoh sama.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Peguam bela Azeez, S Devanandan berkata ketiga-tiganya ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan Lembaga Tabung Haji.

Semalam SPRM menahan ketiga-tiga mereka. Menurut laporan Bernama kemudian, jurucakap SPRM berkata penahanan dibuat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 berhubung kes menerima rasuah.

Mereka ditahan di lokap SPRM sebelum dibawah ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi, dengan berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari.

Sekumpulan anggota Umno diketuai Datuk Lokman Noor Adam menyambut ketibaan mereka dengan laungan takbir dan "hidup Azeez".

Abdul Azeez dilantik sebagai pengerusi TH pada Julai 2013 dan mengumumkan meletakkan jawatan pada 23 Mei lalu.

Ia merupakan hari sama SPRM menyerbu beberapa hartanah yang berkaitan dengannya - yang juga anggota parlimen Baling - dan merampas wang tunai berjumlah RM500,000 dan sejumlah jam tangan.

Azeez kemudian mendakwa wang tunai itu milik Umno Baling manakala kebanyakan jam tangan itu adalah palsu.

Lihat Komen
ADS