BN bentuk kabinet bayangan
BN membentuk kabinet bayangan bagi memantau perjalanan setiap kementerian dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Jabatan terpenting – Jabatan Perdana Menteri (JPM) – akan diawasi oleh Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
BN membentuk kabinet bayangan bagi memantau perjalanan setiap kementerian dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Kabinet bayangan itu, dikenali sebagai Sistem Jawatankuasa Portfolio (JKP), akan memantau setiap kementerian.
Jabatan terpenting – Jabatan Perdana Menteri (JPM) – akan diawasi oleh Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu bagi memastikan pembangkang menjadi jurusemak dan imbang dalam kerajaan baru.
“JKP ini berperanan untuk memainkan peranan semak dan imbang bagi setiap kementerian.
“Ia juga sebagai penelitian terhadap polisi kerajaan serta menggubal dasar alternatif menyaingi dasar HARAPAN,” katanya dalam sidang media di PWTC, hari ini.
Annuar turut berkata setiap JKP terdiri daripada pengerusi bersama dua anggota parlimen BN.
Selain itu JKP ini akan melantik sekurang-kurangnya toga orang lagi daripada kalangan profesional termasuk wanita dan pemuda sebagai barisan pelapis.
Katanya, buat masa ini empat orang anggota parlimen dari komponen BN iaitu MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut menyertai JKP tersebut.
Anggota Parlimen Ketereh turut berkata pihaknya terbuka kepada gabungan Gagasan Sejahtera yang dianggotai PAS dan parti-parti Sarawak untuk sama-sama menyumbang dalam menjadi juru semak dan imbang kepada kerajaan HARAPAN.
“Kita memanjangkan jemputan kepada PAS dan parti-parti Sarawak mereka dialu-alukan.
“Kita buka pintu seluasnya kerana kita adalah blok pembangkang,” katanya.


