Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Soi Lek nasihatkan bekas menteri, timbalan jangan tanding jawatan tertinggi MCA

Bekas menteri dan timbalan menteri MCA tidak sepatutnya bertanding jawatan presiden dan jawatan tertinggi lain dalam pemilihan parti akan datang.

Malah, kata bekas presiden parti itu, Tan Sri Dr Chua Soi Lek, anggota MCA, termasuk anaknya, Datuk Chua Tee Yong harus patuh kepada nasihat itu.

"Bagi saya, semua tiga menteri dan empat timbalan menteri dalam pentadbiran terdahulu, termasuk (anak saya) Chua Tee Yong, tidak harus bertanding sama sekali," katanya.

Timbalan presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong adalah bekas menteri yang mengumumkan pencalonannya untuk jawatan presiden parti.

"Saya gesa beliau (Tee Yong) supaya mencintai parti, jangan tanding (dalam pemilihan kepimpinan pusat MCA), " kata Chua.

"Apabila kita bercakap mengenai pentadbiran terdahulu, orang akan mengaitkannya dengan 1MDB, semua rasuah dan skandal," katanya, sambil menambah kes-kes ini, sekali dibawa ke mahkamah akan berlarutan.

Beliau berkata pemimpin berkenaan harus memberi laluan kepada orang lain, yang difikirkannya tidak mempunyai “bagasi politik” pentadbiran terdahulu dan "boleh memenangi rasa hormat, keyakinan dan sokongan" rakyat.

Sebaliknya, bekas menteri kesihatan itu berkata beliau akan menyokong ketua bahagian Kluang, Datuk Gan Peng Sieu jika beliau bertanding jawatan presiden dan akan berkempen untuknya sekiranya diminta berbuat demikian.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS