FGV Holdings Bhd melantik Mohd Hassan Ahmad, sebagai Pengarah Bukan-Bebas dan Bukan-Eksekutif berkuatkuasa 26 September.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat perladangan itu menyebut, Mohd Hassan, yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan) dari University of Sydney, juga adalah Pengarah Keretapi Tanah Melayu Bhd.

FGV juga mengumumkan penamatan tugas Datuk Siti Zauyah Md Desa sebagai Pengarah Lantikan Kerajaan berkuatkuasa 26 September.

“Siti Zauyah sebelum ini adalah Pengarah Bukan-Bebas dan Bukan-Eksekutif di FGV,” kata makluman itu.

- Bernama