Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ECRL tidak dapat diteruskan jika bantahan S'gor tidak ditangani - Guan Eng

WAWANCARA | Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak nampak bagaimana projek ECRL dapat diteruskan tanpa bantahan kerajaan negeri Selangor ditangani.

"Kecuali kita dapat menangani bantahan oleh Kerajaan Selangor, saya tidak nampak bagaimana projek ini dapat diteruskan.

"Kecuali jika syarikat China membuat kita tawaran, yang kita tidak boleh tolak. Maka itu berbeza," kata Lim dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Beliau merujuk kepada bantahan keras Selangor terhadap projek ECRL, khususnya pautan dari Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) di Gombak ke Pelabuhan Klang.

Ini kerana pautan itu melintasi Klang Gates Ridge Quartz sepanjang 16km yang dilobi kerajaan Selangor untuk diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Ridge ini adalah yang terpanjang di dunia. Sekiranya pautan rel Gombak-Pelabuhan Klang dibenarkan untuk diteruskan, permohonan Unesco akan gagal sebagai tapak warisan semulajadi, tidak boleh termasuk kerja infrastruktur baru itu yang akan merosakkan tapak berkenaan.

Di satu pihak, Lim berkata ia akan menjadi sukar untuk meneruskan projek ECRL tanpa pautan Gombak-Pelabuhan Klang tetapi di pihak yang lain, mereka tidak boleh hanya mengetepikan bantahan dari kerajaan negeri.

Oleh itu, beliau berkata, kerajaan persekutuan masih menimbang "semua pilihan yang ada", tetapi beliau lebih suka jika keputusan berhubung ECRL itu dibuat sebelum beliau membentangkan Bajet 2019 pada bulan November.

"Saya tidak menetapkan sebarang tarikh akhir (untuk buat keputusan mengenai ECRL), hanya lebih baik jika dibuat sebelum bajet supaya kami dapat memberikan lebih banyak kredibiliti dan kepastian," katanya.

Tiada masalah dengan Daim

Lim berkata, belliau tidak terbabit dalam rundingan dengan syarikat China berkaitan ECRL kerana itu dikendalikan oleh Tun Daim Zainuddin yang diamanahkan tugaas itu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lim berkata Mahathir telah mmenugaskan Daim sebelum dia (Lim) mengangka sumpah sebagai menteri kewangan.

Jadi, katanya, Daim akan meneruskannya dan beliau tidak mampunyai isu berkaitan dengannya.

"Kami sering berbincang. Saya juga merasakan bahawa  'too many cooks will spoil the broth'. Jadi saya serahkan kepada beliau untuk mengendalikannya.

"Jadi ianya jelas, syarikat-syarikat China akan tahu dengan siapa yang mereka patut berbincang," jelasnya.

Projek ECRL 688km kini ditangguhkan sementara menunggu keputusan muktamad mengenai nasibnya.

Mahathir sebelum ini telah mengetuai satu delegasi untuk menemui pemimpin China dan mencari "kesafahaman" Beijing bahawa Malaysia tidak mampu membiayai beberapa projek termasuk ECRL, yang dimulakan oleh pendahulunya Datuk Seri Najib Razak.

"Saya kata sekiranya boleh, kita ingin membatalkannya. Jika tidak boleh, kita akan tangguhkan dan melihat cara lain untuk menyelesaikan masalah kewangan kita," kata Mahathir kepada Malaysiakini dalam aatu temu bual eksklusif.

Sebelum lawatan Mahathir ke China, Daim juga telah mengadakan lawatan ke China untuk mengadakan rundingan dengan syarikat-syarikat China.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS