Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Sultanah Terengganu tetap saman editor Sarawak Report
Diterbitkan:  Sep 28, 2018 4:17 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah akan tetap meneruskan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

Ia walaupun selepas permohonan maaf oleh Rewcastle-Brown semalam berhubung petikan dalam buku The Sarawak Report: The Inside Story of The 1MDB Expose yang mengaitkannya dengan skandal 1MDB dan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Menurut laporan The Malaysian Insight, peguam Sultanah Nur Zahirah, Mohd Haziq Pillay Abdullah berkata baginda menyifatkan permohonan maaf Clare sebagai tidak memadai.

"Ia bukan permohonan maaf bagi anak guam saya. Kita akan teruskan saman," katanya seperti dipetik.

Semalam, Sultanah Nur Zahirah melalui peguamnya menghantar surat tuntutan kepada Clare dan menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan dan permohonan maaf daripadanya.

Susulan itu, laman Sarawak Report menyiarkan permohonan maaf yang antara lain berkata petikan itu tidak berniat menunjukkan baginda "dalam konspirasi" bersama Jho Low atau "terlibat dalam pentadbiran dalam perkara seputar 1MDB."


BacaSultanah T'ganu tidak pernah terlibat dalam urusan penubuhan TIA


Kenyataan itu berkata petikan itu hanya menyatakan Jho Low yang bercampur secara sosial dengan keluarga diraja Terengganu, termasuk Sultanah Nur Zahirah, yang memberinya peluang untuk mendapat kedudukan dalam Terengganu Investment Authority iaitu pendahulu 1MDB.

Antara petikan dalam buku tersebut adalah: “Jho (Low) was also friendly with a key player in Terengganu, the wife of the sultan, whose acquiescence was needed to set up the fund and he later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position."

("Jho Low juga berkawan dengan individu utama di Terengganu, iaitu isteri Sultan, yang mana penerimaannya diperlukan untuk menubuhkan badan dana dan dia kemudian mengatakan sokongan baginda sebagai amat penting untuknya mendapatkan kedudukan sebagai penasihat.)

"Kami maklum yang Jho Low jauh lebih rapat dengan adik Sultan - yang mana dia ada hubungan perniagaan secara terus - dalam hubungannya dengan keluarga diraja Terengganu.

"Kami memohon maaf jika baginda kecewa dengan salah tafsir terhadap maksud kami dan yakin (kenyataan ini) telah menjelaskan keadaan," katanya.

Clare berkata cetakan buku itu selepas ini akan merujuk kepada adik Sultan, dan tidak lagi Sultanah Nur Zahirah, sebagai perhubungan utama Jho Low di Terengganu.

Lihat Komen
ADS