Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pantai Port Dickson akan bersih kembali, kata Anwar

PRK PD | Kebersihan pantai merupakan antara perkara yang dijanjikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pengundi di Port Dickson jika beliau menang di kawasan parlimen itu.

"Saya mahu pantai di Port Dickson bersih kembali, dan menteri besar telah pun memulakannya.

"Jika anda mahu buang plastik, kami akan denda anda kerana kami mahu bersihkan pantai," katanya dalam ucapan ketika pelancaran pusat operasi PKR untuk PRK Port Dickson semalam.

Presiden PKR itu berkata pantai yang bersih bukan saja untuk "tauke-tauke besar", tetapi beliau mahu ada kawasan-kawasan yang dikhususkan untuk rakyat.

Di sebalik cakap-cakap bahawa kembalinya beliau ke Parlimen sebagai langkah pertama untuk mengambil alih jawatan perdana menteri, Anwar berkata mahu menunjukkan bagaimana beliau akan berkhidmat kepada penduduk di Port Dickson.

"Saya tahu tentang konsep pembangunan. Saya tidak mahu bercakap tentangnya lagi...tetapi buat masa ini, saya sudah pun membawa beberapa pelabur penting untuk melabut di Port Dickson," katanya kepada kira-kira 600 hadirin.

Beliau juga berkata mahu menumpukan soal perumahan, pendidikan dan peluang pekerjaan kepada golongan bawahan.

Dalam masa seminggu, kata Anwar, beliau merancang untuk mengumumkan program pendidikan khas untuk anak-anak di Port Dickson.

"Saya sudah tanya beberapa orang untuk bantu menjayakan program istimewa ini. Ini akan menjadi perkara yang sangat baik untuk pendidikan anak-anak kita daripada Darjah Satu sehingga Tingkatan Lima," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS