Facebook Inc. pada Jumaat berkata, penggodam mencuri kod login digital yang membolehkan mereka untuk mengambil alih hampir 50 juta akaun pengguna dalam kes pelanggaran keselamatan paling teruk pernah berlaku memandangkan tahap potensi akses, menambah lagi kepada tahun kesukaran untuk reputasi syarikat.

Facebook, yang mempunyai lebih daripada 2.2 bilion pengguna bulanan, berkata ia belum menentukan sama ada penyerang telah menyalahgunakan maklumat atau tidak. Ia juga tidak mengenal pasti lokasi penyerang atau terdapat sasaran tertentu. Tinjauan awalnya menunjukkan serangan itu secara meluas.

Ketua Eksekutif Mark Zuckerberg menggambarkan kejadian itu sebagai "benar-benar serius" dalam panggilan persidangan dengan pemberita. Akaunnya telah terjejas bersama dengan Ketua Pegawai Operasi Sheryl Sandberg, kata seorang Jurucakap.

Saham di Facebook turun 2.6 peratus pada hari Jumaat, menjejaskan indeks saham Wall Street.

Facebook menjadi umpuan awal tahun ini selepas butiran profail 87 penggunanya telah diakses oleh sebuah firma data politik - Cambridge Analytica.

[Baca berita penuh]