Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

PAU 2018 | Sebelum ini PAS berkata akan menghantar wakil ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2018, selepas barisan pemimpin tertinggi Umno ke muktamar parti itu di Kuala Terengganu awal bulan ini.

Hari ini kemesraan antara dua parti itu sekali lagi terpancar apabila Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Wanita parti itu Dr Nuridah Mohd Salleh membalas kunjungan apabila hadir di persidangan Pemuda dan Wanita Umno di PWTC, Kuala Lumpur.

Muhammad Khalil menerima sambutan hangat sebaik ketibaan di Dewan Tun Dr Ismail. Malah setiap kali namanya disebut akan disusuli sorakan para perwakilan.

Begitu juga dengan Nuridah apabila ramai perwakilan Wanita berjabat tangan dengannya sebaik tiba di Dewan Merdeka kira-kira pukul 8.15 pagi tadi.

"Ini pertama kali muslimat PAS menghadiri persidangan ini. Kita ucapkan terima kasih Datuk Nuraini dan ahli jawatankuasa (Wanita Umno) atas jemputan.

"Mungkin ini antara hikmah daripada kekalahan Umno dan BN selepas sekian lama mentadbir negara," kata Nuridah.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga telah memaklumkan akan hadir ke perhimpunan itu.

“Kita akan juga hadir di PAU. Jumlah nanti akan tengok berapa orang hadir yang mewakili dewan-dewan dan pusat,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS