Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Para penyokong bersorak ketika Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

Bagaimanapun, penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) yang hadir di Majlis Daerah Port Dickson, tempat proses pencalonan diadakan mengebu apabila nama Mohd Saiful Bukhari disebutkan.

Mereka berbuat demikian setiap kali pegawai SPR menyebut nama bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Anwar yang merupakan calon HARAPAN sebelum ini pernah disabitkan bersalah kerana meliwat Saiful.

Anwar bagaimanapun konsisten menegaskan bahawa tuduhan itu direka oleh seteru politiknya. Pada 16 Mei lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menganugerahkan pengampunan diraja kepada ketua umum HARAPAN itu.

Ketika ditanya tentang tindakan penyokongnya terhadap Saiful, Anwar berkata beliau akan menasihatkan mereka agar tidak bertindak seperti itu lagi selepas ini.

Namun, Anwar berkata, reaksi penyokongnya boleh difahami memandangkan apa yang terjadi di masa lalu.

"Sudah tentu saya akan nasihatkan mereka tapi jangan lupa usaha liciknya di masa lalu.

"Lebih mudah untuk kata saya maafkan dan pandang ke hadapan, namun jangan lupa pihak lain yang terluka dan sengsara dalam proses itu," kata Anwar.

Saiful semalam mengumumkan untuk bertanding di PRK Port Dickson.

Jelas Saiful, keputusannya tidak ada kaitan dengan isy peribadi atau parti politik.

PRK Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding untuk kembali ke parlimen sekiranya menang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS