Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

PAU 2018 | Ketika era Umno masih berkuasa, perhimpunan agung tahunannya di PWTC, Kuala Lumpur, merupakan acara wajib bagi anggota parti dan juga orang awam.

Ramai yang akan memenuhi reruai yang menjual pelbagai barangan pada harga yang berpatutan, terutama pakaian tradisional Melayu.

Bagaimanapun pada perhimpunan kali ini, ruang jualan yang dibuka tampak sedikit suram - tidak lagi menarik ramai hadirin dan terletak di ruang lebih kecil di aras dua.

Ia jauh berbeza berbanding tahun lalu apabila ruang jualan melimpah sehingga ke dewan besar di aras tiga.

Sejumlah peniaga yang ditemui Malaysiakini merungut perniagaan mereka tidak serancak sebelum ini.

Peniaga pakaian Hasinah Omar misalnya bimbang jika dia akan menanggung kerugian pada tahun ini.

Wanita berusia 60 tahun itu berkata dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menyewa reruai pada perhimpunan tahun-tahun sebelumnya dan pernah mencecah hasil RM30,000.

"Tapi tahun ini saya bimbang mungkin tak balik modal.

"Sewa sebanyak RM3,000 untuk tiga hari. Saya bawa semua barang dari Kelantan dengan lori dan tinggal di hotel. Ini kos yang perlu ditanggung," katanya.

Hanisah berkata setakat pagi tadi tadi, dia hanya berjaya menjual sepasang kain batik dan dua helai tudung.

Seorang lagi peniaga yang ditemui Malaysiakini berkata pada 2017, ruang jualan begitu sesak tidak mengira waktu sehingga sukar untuk bergerak.

"Hari ini senyap dan tak ramai yang datang untuk membeli," kata Siti Abdullah, 24 tahun.

Menurut Siti, kedainya menawarkan tiga pasang kain empat meter pada harga RM100, walaupun biasanya dijual di pasaran pada harga RM70 sepasang.

Lihat Komen
ADS