Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perwakilan Umno setuju Anwar jadi PM k'jaan perpaduan

PAU 2018 | Seorang perwakilan Umno berkata beliau sanggup menerima pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri akan datang jika partinya bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat enggan namanya disiarkan, perwakilan itu berkata beliau lebih memilih Umno membentuk kerajaan perpaduan bersama PAS dan PKR.

Dia percaya Anwar ialah orang yang sesuai menjadi perdana menteri kerana senioriti dan pengalamannya.

"Anwar boleh jadi perdana menteri dan mungkin beliau akan melantik dua timbalan perdana menteri, seorang PAS dan seorang lagi Umno," kata perwakilan dari bahagian Pendang, Kedah itu.

Perwakilan berkenaan juga yakin hal ini dapat diuruskan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri kerana beliau dikenali sebagai penyokong Anwar pada era 1990an.

Perwakilan tolak idea kerjasama BERSATU

"Anwar ialah pemimpin yang boleh menumbangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya ketika ditemui pada persidangan sayap Umno di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, para anggota parlimen Umno telah bersetuju supaya Zahid meneroka kemungkinan membentuk perjanjian dengan pihak lain bagi tujuan untuk tidak mahu menjadi pembangkang.

Ahmad Zahid juga pernah berjanji untuk bekerjasama dengan PAS dan beliau dilaporkan berkata parti itu bersedia membentuk kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti HARAPAN agar membolehkan kembali menjadi kerajaan.

Majoriti perwakilan menolak idea Umno menjalin hubungan dengan BERSATU kerana mendakwa pengerusinya Dr Mahathir Mohamad menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak melalui tuduhan fitnah.

Perwakilan Wanita Umno Cheras, Wan Rokiah Wan Din, 55, berkata dirinya lebih memilih PKR sebagai sekutu Umno berbanding BERSATU, yang dipimpin Dr Mahathir.

Umno perlu perbaiki masalah, bersih imej

"Saya tidak suka Dr Mahathir kerana beliau memecah belahkan antara kaum selepas kembali ke jawatan Perdana Menteri tahun ini dan beliau orang yang bertanggungjawab terhadap 25 pertuduhan yang dikenakan kepada Datuk Seri Najib Razak di mahkamah. Saya rasa Najib tidak bersalah, beliau telah difitnah.

"Tetapi Anwar tidak pernah berkata (buruk) tentang Umno. Kekecohan baru-baru ini dalam pemilihan parti PKR tidak ada kaitan dengan Anwar, ia dilakukan oleh anggota akar umbi parti," katanya.

Perwakilan Umno itu berkata dia boleh menerima jika Ahmad Zahid atau Anwar menjadi perdana menteri yang akan datang.

Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii percaya kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS hanya dapat dibentuk pada masa yang sesuai selepas Umno mendapat semula keyakinan orang ramai.

Umno perlu memperbaiki masalah dan membersihkan imejnya dan tidak dilihat tergesa-gesa untuk membentuk kerajaan bersama PAS, katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS