Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAU 2018 | Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa anggota parti itu untuk tetap bersabar kerana sedikit masa lagi mereka akan menjadi rebutan akibat pergeseran dalaman Pakatan Harapan.

Beliau berkata HARAPAN "boleh bubar pada bila-bila masa sahaja" yang akan mengakibatkan situasi parlimen tergantung.

"Harus diingat, situasi hari ini memungkinkan wujudnya situasi 'hung parliament' atau 'parlimen tergantung', di mana kerajaan itu boleh bertukar pada bila-bila masa.

"Mereka menang tetapi tidak banyak, sementara yang kalah pula sekadar kurang sedikit. Keadaan tidak seimbang ini menyebabkan kedudukan kerajaan begitu rapuh dan boleh terbubar pada bila-bila masa.

"Dalam keadaan itu, mereka akan mencari siapa? Di sinilah letaknya nilai harga ahli-ahli Umno. Maka, janganlah memandai-mandai cabut," kata Zahid dalam ucapannya di persidangan tahunan parti itu di PWTC, Kuala Lumpur malam ini.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata Umno bersedia membentuk kerajaan perpaduan dengan sebarang parti dalam Pakatan Harapan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS