Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pandikar: Jangan ada sebatang lidi dalam Umno sikap bagai balak

PAU 2018 | Bekas yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengambil hikmah menjadi parti pembangkang susulan kekalahan Umno pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

"Walaupun usia saya umur bonus dan hampir pencen, semangat saya pada kali ini lebih berkobar dari masa Umno tunjangi kerajaan BN.

"Apabila pembangkang, pemimpin pinggiran politik seperti saya dapat duduk atas pentas sebaris dengan pemimpin utama parti yang dipilih serta sumbang bersama fikiran dan tenaga untuk Umno," katanya pada perhimpunan agung Umno hari ini.

Berucap sebagai perwakilan Sabah, Pandikar juga menggesa Umno mengambil tindakan terhadap pemberontak yang melemahkan parti itu.

Beliau mengambil perumpamaan kepaduan bilah-bilah lidi penyapu yang kuat ketika terikat bersama tetapi mudah patah apabila terpecah.

Sikap bagai balak

"Saya sarankan kepada Umno buat sesuatu.

"Jangan ada sebatang lidi dalam Umno bersikap bagai sebatang balak, dapat mempengaruhi lidi-lidi Umno yang lain terlepas.

"Ini kerana parti Umno (menjadi) sebesar saiz lidi akan senang dipatahkan termasuk orang tua dalam soal meraih perbezaan pendapat," kata Pandikar.

Meskipun beliau tidak menyebut nama, tetapi bekas speaker itu menyasarkan tegurannya kepada pihak yang dilihatnya menyeleweng daripada perjuangan teras Umno.

Dalam ucapannya, Pandikar berulang kali menyebut kepentingan menjaga teras Umno yang berjuang demi kepentingan hak-hak dan keistimewaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS