Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KJ tutup fikiran, tak dengar ucapan presiden - Tajuddin

PAU 2018 | Bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah menutup fikirannya daripada isi ucapan presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai hala tuju bekas parti pemerintah itu.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata demikian ketika ditemui pemberita di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Terdahulu, Khairy berkata Zahid perlu jelas memberikan arah tuju parti jika ia mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan parti daripada Pakatan Harapan.

Menurut Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak, ucapan Zahid selama dua jam itu cukup jelas membentangkan hala tuju Umno.

" I don't think he was listening, dia tak dengar dengan teliti, apa yang presiden cakap, sebab itu dia tak jelas apa hala tuju.

"Orang lain yang duduk dalam dewan, yang mendengar, mereka jelas apa yang dibenang oleh presiden, hala tuju, arah haluan baru parti sangat jelas.

"But for KJ, for him to say it is not clear, maybe he was not listening, he closed his mind (Tapi KJ tidak jelas, mungkin dia tidak dengar, dia tutup fikirannya)," katanya.

Tajuddin juga berkata Khairy telah membuat berbagai kenyataan yang menunjukkan beliau tidak menyokong kepimpinan parti.

"He was not happy and I don't know for what reason (Dia tak senang dan saya tidak tahu kenapa)," jelasnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS