Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemukan mati dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Sahabat berhampiran Empangan Timah Tasoh, dekat Padang Besar hari ini.

Mayat Rozain Rosly, 30, yang merupakan OKU lembam dari Felcra Lubuk Sireh, ditemukan dalam kolam sedalam tiga meter itu kira-kira 9 pagi ini selepas dilaporkan hilang sejak 7 petang semalam.

Abang mangsa Rosliady Rosly, 36, berkata semalam beliau menghantar adiknya ke sebuah kandang lembu milik keluarga berhampiran kawasan kejadian pada 3.30 petang.

Katanya, setelah menyedari Rozain hilang, beliau cuba mencarinya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kaki Bukit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Halim Yatim ketika dihubungi berkata kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS