Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesara guru lapor polis tulisan di portal berita

Seorang pesara guru membuat laporan polis ke atas sebuah portal berita dan penulisnya kerana menyiarkan sebuah berita yang disifatkan berunsur fitnah.

Peter@Isong Daigo, 58 berkata artikel bertajuk ‘Hundreds throng NRD counter, sparking fear of Project IC 2.0 in Sabah’ semalam turut menimbulkan persoalan berhubung integriti penjawat awam yang berkompromi dalam soal undang-undang negara.

Dalam laporan polis yang dibuat di Keningau hari ini, Peter berkata artikel itu telah menyebarkan cerita seolah-olah program bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau pada 28 September lepas adalah satu lagi usaha untuk mewujudkan ‘Projek IC’, iaitu projek memberi kad pengenalan kepada warga asing.

"Penulis telah menyiarkan suatu berita yang dia sendiri tidak pasti akan kesahihanya," dakwanya dan menambah berita itu juga menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat Sabah.

Sehubungan itu, Peter meminta polis menyiasat portal berita tersebut dan penulis artikel berkenaan kerana cuba menghasut rakyat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS