Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Umno tiada hak undang-undang saman MP keluar parti'

Umno tidak memiliki locus standi atau hak perundangan untuk mengambil tindakan terhadap wakil rakyat yang bertindak meninggal parti itu, menurut pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata, ketika ini tiada undang-undang yang menyekat mana-mana ahli untuk mengambil keputusan untuk keluar atau melompat parti.

“Itu adalah hak seseorang untuk keluar atau tinggalkan parti. Apa locus standi kalau mahu saman?

"Saman antara siapa, kalau dimalukan, difitnah bolehlah saman tapi dalam isu ini apa hak yang dilanggar atau dinafikan?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Alam Sekitar '2 Alam' dan Forum Alam Sekitar, di Ipoh, Perak hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang menegaskan tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat yang meninggalkan parti itu sudah diambil, malah writ saman sudah dihantar kepada mereka.

Beliau berkata usaha Umno itu adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi berparlimen.

Abdul Aziz, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak,

berkata tindakan UMNO itu jelas menunjukkan parti tersebut semakin lemah atau berdepan kekalahan.

Pameran Alam Sekitar '2 Alam' berlangsung selama sebulan di Home of Silveryouth di sini mulai semalam dan ia merupakan anjuran Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), sebuah pertubuhan bukan kerajaan berasaskan alam sekitar.

- Bernama

Lihat Komen
ADS