Paling Popular
Terkini

PAU 2018 | Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata isu mengenai kerajaan perpaduan yang dibangkitkan sebelum ini sudah 'ditutup'.

"Tidak, tidak, isu kerajaan perpaduan dah tutup. Okay, seperti yang saya jelaskan dalam ucapan penutup saya," kata Zahid pada sidang akhbar selepas penutupan Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Beliau tidak menjelaskan apa yang dimaksudkannya.

Terdahulu dalam ucapan penutupnya, Zahid berkata Umno akan memberi tumpuan untuk menjadi pembangkang yang kuat.

Bagaimanapun, beliau berkata Umno mesti terbuka kepada sebarang kemungkinan untuk menjadi sebuah kerajaan, kerana apa sahaja boleh berlaku dalam pilihan raya kecil.

[Berita penuh menyusul]

 

Lihat Komen
ADS