PEMILIHAN PKR | Datuk Seri Mohamed Azmin Ali setakat ini memperoleh 4,503 undi, mendahului
Mohamed Azmin merupakan penyandang
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (
Katanya, sehingga kesemua 24 pusat pengundian ditutup pada 5 petang tadi, seramai 10,725 daripada 37,934 anggota yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Jumlah merangkumi 39.29 peratus anggota yang keluar mengundi di Segamat, 39.77 peratus (Pagoh); 37.10 peratus (Kulai), 35.92 peratus (Sekijang), 34.07 peratus (Simpang Renggam), 30.81 peratus (Bakri) dan 30.61 peratus (Parit Sulong).
Lain-lain cabang pula menyumbang peratusan anggota keluar mengundi antara 11.72 peratus dan 28.77 peratus.
Pada pemilihan kali ini, seramai 53 calon bertanding merebut jawatan ketua cabang manakala 163 calon lagi menawarkan diri untuk jawatan timbalan ketua cabang, naib ketua cabang dan anggota jawatankuasa cabang.
- Bernama
