Susulan kematian banyak haiwan, Zoo Melaka ditutup buat sementara waktu bermula Jumaat lalu.
Sinar Harian melaporkan zoo berkenaan akan ditutup selama 14 hari.
Laporan itu memetik Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Tey Kok Kiew, sebagai berkata, zoo berkenaan ditutup bagi memberi laluan kepada proses pengambilan alih semula zoo berkenaan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) daripada Syarikat Konsortium KKW Sdn Bhd berkuat kuasa hari ini.
"Proses ini juga bagi menjaga kepentingan dan imej Zoo Melaka serta Taman Burung selain memberi tempoh 14 hari bagi kerja-kerja pengauditan dan penambahbaikan," katanya dipetik sebagai berkata.
Pengurusan Zoo Melaka diswastakan pada 1 Januari 2013 di bawah kendalian Konsortium KKW Sdn Bhd.
Zoo berkenaan kemudian diberikan penjenamaan semula dan dikenali Zoo Melaka dan Safari Night.
Hujung Ogos lalu, portal berita berbahasa Melayu berkenaan memetik pengarah zoo berkenaan, Mohd Nawayai Yasak yang mengakui kecuaian di pihaknya yang menyebabkan lima spesies haiwan bernilai tinggi mati.
MPHTJ pada 1
