Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Artikel saya bercuti mewah ketika banjir itu fitnah'

Senator Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata laporan portal Mynewshub bahawa beliau melakukan percutian mewah di United Kingdom (UK) pada Disember 2016 adalah tidak benar dan bersifat fitnah.

Menurut Raja Bahrin, gambar yang disiarkan dalam portal itu diambil pada Oktober 2016.

Kamarul yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata, ketika artikel bertajuk Wakil Rakyat PAN Cuti Mewah di UK itu disiarkan pada 7 Januari, beliau sebenarnya berada di kawasannya di Kuala Terengganu.

Raja Bahrin juga menunjukkan gambarnya di mahkamah dan satu salinan program di kawasannya di Kuala Terengganu dari 27 Disember 2016 sehinga 7 Jan 2017 ketika membantu mangsa banjir untuk membuktikan laporan itu palsu.

"Gambar-gambar seperti yang disiarkan oleh portal itu adalah dari instagram saya dan ia bertarikh pada Oktober 2016, di mana saya dan pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) yang lain pergi ke United Kingdom untuk membentuk kelab Penyokong Amanah UK.

"Saya membawa anak-anak saya ke sana kerana saya tidak dapat menghabiskan masa dengan mereka kerana jadual yang sibuk. Saya kembali pada pertengahan Oktober untuk sesi Parlimen. Saya berada di Terengganu pada bulan Disember dan Januari kerana musim tengkujuh," katanya.

Raja Bahrin berkata artikel itu palsu dan memberikan gambaran bahawa beliau merupakan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab sehingga mengabaikan penduduk di kawasannya.

"Pada masa itu, saya telah meninggalkan PAS dan menyertai AMANAH yang baru ditubuhkan pada tahun 2016. Saya mendapatkan semula kepercayaan orang PAS untuk menyertai AMANAH dan artikel itu meletakkan saya dan AMANAH dalam keadaan yang buruk," katanya.

Raja Bahrin memberi keterangan dalam samannya terhadap Mynewsnet Sdn Bhd yang didakwa menerbitkan artikel fitnah itu tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS